Posts

Showing posts from 2018

Pre-Story

Pre-story ini merupakan sebuah cerita di mana saya menceritakan pengetahuan saya sebelum melawat tempat pembuatan bot di Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu ini. Sebelum itu, saya akan memberitahu apa tujuan saya membina blog ini. Sebenarnya banyak tujuannya. Antaranya adalah untuk memberitahu dan untuk memastikan seluruh dunia tahu akan tempat ini atau kata lainnya mempromosikan tempat ini, memandangkan perusahaan sepert ini perlu dipelihara demi memastikan adat pembuatan bot secara tradisional ini tidak ditelan zaman. Selain itu, terdapat juga tujuan lain iaitu, untuk memastikan info yang secukupnya tentang tempat ini dapat diletakkan di satu blog supaya jika terdapat orang lain yang ingin mengumpul maklumat tentang tempat ini dapat mencari dengan mudah. Ini kerana saya dan ahli kumpulan saya yang lain yang ingin mendapatkan maklumat tentang tempat ini sangat susah kerana kurangnya info yang terdapat di dalam internet. Jadi, dengan adanya blog ini saya ingin mengongsi pelbagai makl...